Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 2, 2014

6 maut letupan di pangsapuri pinggir Paris



ENAM maut dalam satu letupan yang berlaku di sebuah pangsapuri di pinggir kota raya Paris, menyebabkan separuh daripada bangunan runtuh. - Foto EPA
BOBIGNY (Perancis): Enam maut dalam satu letupan yang berlaku di sebuah pangsapuri di pinggir kota raya Paris, menyebabkan separuh daripada bangunan runtuh.
Mayat seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 10 tahun, seorang budak lelaki berusia antara 14 dan 18 tahun dan dua wanita antara mayat yang dijumpai di bawah timbunan runtuhan pangsapuri empat tingkat di pinggir bandar Rosny-sous-Bois.
Dua lagi mayat ditemui pada lewat petang ketika anggota bomba meneruskan operasi mencari di bawah timbunan dan sisa bangunan pangsapuri dengan dua lagi mangsa masih hilang.
Menurut Datuk Bandar, Claude Capillon, letupan berlaku jam 7. pagi waktu tempatan dan ia sudah cukup untuk menggegarkan bangunan sekitar 100 meter.
Maklumat awal menyebut ia disebabkan oleh letupan gas
Ketua Jabatan Bomba Paris, Gaetan de Raucourt, berkata mereka masih mengharapkan mangsa yang hilang masih bernyawa. - AFP

4 lelaki Indonesia ditahan, syabu RM3.5 juta dirampas



KETUA Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, , Kapten Maritim Kamaruszaman Abu Hassan (kanan) bersama pegawainya menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu bernilai RM3.5 juta yang dirampas dalam serbuan di sebuah bot empat batu nautika arah Barat Daya Tanjong Tokong, Pulau Pinang, Jumaat lalu. - Foto Rudy Syareme Sheriffudin
GEORGETOWN: Empat lelaki rakyat Indonesia ditahan dan syabu bernilai RM3.5 juta dirampas di perairan Barat Daya Tanjung Tokong di sini, Jumaat lepas.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kapten (M) Kamaruszaman Abu Hassan, berkata rampasan dan tangkapan itu dibuat selepas pemeriksaan terhadap sebuah bot perdagangan tukar barang yang sedang belayar menuju Acheh, Indonesia.
"Bot yang berdaftar di Indonesia itu baru berlepas dari Pelabuhan Kontena Butterworth Utara dalam keadaan mencurigakan dengan muatan 300 guni bawang merah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap bot itu mendapati tempat simpanan bot telah diubah suai dan dadah jenis syabu seberat 16.9 kilogram itu disembunyikan di dalam petak kayu khas yang ditimbuni guni berisi bawang.
Beliau berkata pihaknya percaya dadah dan bawang itu dieksport dari negara ini untuk dipasarkan ke Indonesia.
Kamaruszaman berkata tekong dan tiga awak-awak berusia antara 32 dan 52 tahun yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kesemua mereka direman 12 hari bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Pemuda jumpa mayat dekat balai polis

ISNIN, 1 SEPTEMBER 2014 @ 2:59 PM

 
KUANTAN: Hasrat dua pemuda untuk memikat burung terbantut apabila menemui mayat seorang lelaki di kawasan semak berhampiran Balai Polis Gebeng, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Mangsa dikenali Che Badrol Hafiz Che Hamzah,21, dari Rancangan Rumah Murah (RRM) Permatang Badak, di sini, ditemui terbaring dua pemuda terbabit sebelum memaklumkan kepada balai polis berhampiran.

3 sekeluarga maut nahas di Manjung

MANJUNG: Tiga sekeluarga maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Batu 6, Lekir di sini, malam semalam.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu mengakibatkan ketiga-tiga mangsa iaitu penunggang, Suhaini Abu Samat, 39, serta pembonceng yang juga anaknya Muhamad Kuzaimy Suhaini, 7 dan Haikal Firdaus Suhaini, 5 maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki mangsa bersama dua anaknya sedang keluar dari simpang kanan dari arah Lekir menuju Seri Manjung dan kemudian memasuki lorong kanan laluan berkenaan.
"Kemudian datang sebuah kereta dari arah sama melanggar belakang motosikal yang dinaiki mangsa dan mengakibatkan penunggang dan pembonceng motosikal tercampak ke laluan bertentangan.
"Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini, sebentar tadi.

Jaga pecah pintu masjid dihantar ke Hospital Permai

SELASA, 2 SEPTEMBER 2014 @ 1:52 PM

 
KUALA TERENGGANU: Seorang pengawal keselamatan yang berdepan tuduhan memecahkan pintu Masjid Kampung Limbongan, Kampung Raja, Besut pada Mac lalu diperintahkan Mahkamah Sesyen di sini untuk dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri.

Terdahulu, tertuduh, Malek Muhd Idrus, 28, dari Kampung Pengkalan Teras, Keluang, Kampung Raja, Besut mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Malek didakwa dengan sengaja memecahkan pintu kaca Masjid Kampung Limbongan, Kampung Raja, Besut, jam 2.30 pagi pada 4 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, Malek berdepan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Mohd Azhar kemudian menetapkan 12 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Besut.

Pensyarah UM dituduh menghasut

SELASA, 2 SEPTEMBER 2014 @ 1:55 PM

 
KUALA LUMPUR: Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini atas dakwaan mengeluarkan perkataan menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak pada 15 Ogos lalu.

Pesawat Tanzania yang hilang dijumpai terhempas

SELASA, 2 SEPTEMBER 2014 @ 2:55 PM

 
DAR-E-SALAAM: Pesawat Ekspres Safari Tanzania yang hilang dijumpai terhempas di Taman Negara Serengeti, kira-kira 15 batu di sempadan Kenya-Tanzania semalam, mengorbankan ketiga-tiga penumpangnya.

Semua mangsa hangus dan tidak dikenali dalam pesawat terbabit yang sedang menuju ke Magadi di Kenya dari Mwanza, Tanzania di mana ia terhempas malam kelmarin.

Serpihan pesawat itu dijumpai di kawasan hutan pagi semalam dan hangus terbakar, lapor akhbar The Standard.

Polis Kenya berkata, pegawai kawalan udara di Dar-e-salaam berkata mereka hilang perhubungan dengan pesawat terbabit sejurus selepas ia berlepas pada petang Ahad.



Pesawat Fokker 27 MK 500 itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta (JKIA) di Nairobi, Kenya pada 8.36 malam Ahad tetapi tidak kelihatan.

Pegawai kawalan udara JKIA juga mengesahkan mereka hilang perhubungan atau pesawat itu tidak melalui ruang udara Kenya ketika ia hilang. Helikopter polis dihantar untuk gerakan mencari.

Serpihan pesawat dijumpai oleh pasukan bersama pihak berkuasa Kenya dan Tanzania. - BERNAMA-NNN

Ahli parlimen Tunisia terselamat daripada cubaan bunuh

SELASA, 2 SEPTEMBER 2014 @ 1:38 PM

 
TUNIS: Ahli Parlimen Tunisia Mohamed Ali Nasri terselamat daripada cubaan untuk membunuhnya di bandaraya Kasserine, berhampiran sempadan Algeria, apabila lima lelaki bersenjata menyerang rumahnya malam tadi.

Beliau sempat melarikan diri daripada penyerangnya melalui bumbung rumah dan kemudian terjun ke bawah sebelum bersembunyi di rumah jiran. Kakinya patah tetapi beliau tidak mengalami kecederaan yang diakibatkan oleh kesan tembakan.

Keluarganya dan saksi di Kasserine mengesahkan cubaan membunuh itu.

Kejadian itu berlaku ketika negara kecil di Afrika Utara itu sedang berada di ambang demokrasi penuh, yang dilihat sebagai model bagi rantau bekenaan. Tunisia mengadakan pilihan raya parlimen bebas pertama pada 26 Oktober hadapan selepas parlimen menerima perlembagaan baharu tahun ini.



Bantahan di Tunisia pada 2010 mencetuskan revolusi yang mengubah dunia Arab, yang kemudiannya dilihat lebih stabil dan selamat berbanding negara 'Arab Spring' seperti Libya, Mesir dan Syria.

Bagaimanapun ia menghadapi ancaman militannya sendiri, berikutan serangan oleh serpihan al-Qaeda, Ansar al-Sharia. - Reuters

Pekerja tempat letak kereta didakwa ugut jiran dengan pisau

SELASA, 2 SEPTEMBER 2014 @ 3:45 PM

 
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja tempat letak kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap jirannya dengan menggunakan sebilah pisau.

K Suparamaniam, 37, dituduh mengacukan pisau dengan maksud menakutkan Khairul Nizam Nazri, 34, di Blok 42-17-03 PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju di sini pada 2.30 petang, semalam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Susan Leo tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.



Bagaimanapun peguam K Komagan memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh menanggung lima orang anak yang masih bersekolah termasuk isterinya yang tidak bekerja.

Majistret Zuraini Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula 3 Oktober.

Selepas prosiding, keluarga tertuduh yang hadir ke mahkamah kelihatan menangis kerana mereka tidak mampu membayar wang jaminan.

- BERNAMA

Gabenor Riau ghaib


Pekanbaru: Gabenor Riau Annas Maamun, 74, ‘menghilang’ selepas laporan polis dibuat terhadapnya atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita berusia 39 tahun dikenali sebagai WW.

Annas dilaporkan langsung tidak masuk ke pejabatnya pagi semalam.

Usaha wartawan menunggunya sehingga jam 2 petang (waktu tempatan) juga tidak membuahkan hasil.

Ketua Perhubungan Awam Pemerintah Riau Yoserizal dan Setiausaha Daerah Riau Zaini Ismail juga gagal dihubungi, malah turut tiada di pejabat masing-masing semalam.

Bapa mangsa, bekas anggota Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia Soemardhi Thaher berkata, anaknya itu membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah selepas mendakwa dipaksa memegang kemaluan Annas di rumah gabenor berkenaan.

“Anak saya, melaporkan kejadian itu di ibu pejabat polis daerah dengan peguamnya Elza Syarief,” katanya.

Menurut Soemardhi, dia sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu terutama kerana membabitkan pemimpin nombor satu Riau.

“Tidak disangka, gabenor yang sepatutnya menjadi teladan untuk rakyat menunjukkan perlakuan begitu menjijikkan.

“Mangsanya pula darah daging saya sendiri.



Sudah pasti saya turut merasai kesakitan atau gangguan perasaan ditanggungnya,” katanya.

Dalam temu bual dengan pihak media sebelum ini, WW berkata kejadian berlaku ketika dia yang juga tutor bahasa Inggeris untuk pegawai kerajaan memohon kerjasama Badan Perencanaan Pembangunan Daerah Riau untuk mengadakan seminar.

Sehubungan itu, dia pergi ke kediaman Annas pada 30 Mei lalu dengan membawa kertas cadangan bagi projek berkenaan yang diterima baik gabenor terbabit, malah dia dijanjikan jawatan di pejabat pemerintah wilayah.

Sebaik selesai pertemuan itu WW cuba beredar, namun diajak Annas untuk melihat rumah kosong di belakang kediamannya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, WW terus mengikut namun terkejut apabila dibawa ke sebuah bilik sebelum Annas membuka zip seluar dipakainya dan menarik tangan mangsa.

“Saya terkejut dan dipaksa melakukan sesuatu di luar dugaan saya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

‘Dark Lord’ bakar Bible ditahan


Phoenix: Seorang lelaki yang menggelar dirinya sendiri sebagai Dark Lord ditahan kerana membakar dan mengencing Bible.

Eric Minerault, memakai pakaian berwarna hitam dan jubah merah serta rantai pentagram ketika ditahan.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima aduan mengenai perbuatan seorang lelaki yang dipercayai membakar sesuatu di rumah perlindungan penganut Kristian di Prescott, Arizona pada Khamis lalu.

Ketika polis tiba, katanya, Minerault, 22, berdiri berhampiran senaskhah Bible yang terbakar tetapi basah.

“Bible itu dipercayai dibakar sebelum dikencing Minerault,” katanya.



Jurucakap polis berkata, Minerault mengaku dia melakukan perkara itu kerana percaya kawasan itu adalah tempat suci penganut Kristian dan dia menyumpah mereka.

Apabila ditanya mengapa dia melakukan perbuatan itu, Minerault menjawab: “Kerana saya adalah Dark Lord.” -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

Kencing jemput ajal


Bunyola, Sepanyo: SATU lagi kejadian keriangan bertukar tragedi berlaku.

Kali ini seorang remaja yang maut akibat terkena renjatan elektrik ketika dia kencing pada sebatang tiang lampu ketika menyertai satu festival di Mallorca.

Media semalam melaporkan, remaja terbabit membuang air kecil tanpa mengesyaki apa-apa pada awal pagi.

Difahamkan, remaja lelaki berusia 18 tahun itu menghadiri konsert di sebuah bandar Bunyola di Pulau Ballearic.

Saksi berkata, sebaik disedari mengalami renjatan elektrik mangsa cuba diselamatkan.

Beberapa pihak cuba sedaya upaya menekan dadanya bagi menggerakkan semula jantung remaja malang itu, namun tiada satu pun berjaya.



Ketika kejadian, orang ramai leka berpesta dan menikmati alunan muzik yang dimainkan secara langsung atau melalui cakera padat dikendali deejay.

Sementara itu, sumber berkata, remaja terbabit kencing berhampiran tiang lampu rosak, tetapi dia tidak menyedarinya.

“Sambil kencing dia bersandar pada tiang lampu berkenaan menyebabkan aliran elektrik merenjatnya,” katanya.


Sumber lain pula berkata, ada kemungkinan kencing remaja terbabit menjadi bahan perantara membawa aliran elektrik kepada mangsa.


Pesta tahun ini adalah yang ke-30 diadakan di bandar kecil yang mempunyai penduduk kurang daripada 6,000 orang.

Datuk Bandar Bunyola, Jaume Isern, menyatakan kesedihan terhadap kemalangan itu.

Pesta berkenaan juga ditamatkan serta-merta ekoran kemalangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

Sudah khayal, ganas pula


Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Left Kwanchai Namkanitsorn berkata, dia melihat wanita awal 20-an itu keluar dari keretanya selepas kemalangan berlaku.
“Berdasarkan kepada keadaannya yang tidak berpakaian sempurna dan tanpa kasut, saya percaya dia mabuk,” katanya.
Apabila cuba ditahan, wanita terbabit bertindak ganas dengan meronta serta menendang Kwanchai.
Polis itu juga dimaki, manakala wartawan yang mengambil gambarnya dicerca.

- Agensi
Foto
WANITA yang mabuk ditahan anggota polis selepas merempuh tiang jambatan di Pattaya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

Trend penipuan SMS berleluasa

Mohd Roze menunjukkan contoh SMS diterima yang menawarkannya wang tunai dan percutian
Mohd Roze menunjukkan contoh SMS diterima yang menawarkannya wang tunai dan percutian
KLUANG - Polis menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dan berhati-hati apabila menerima sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur peraduan bagi memenangi sesuatu barangan atau percutian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, ketika ini trend kes penipuan memenangi peraduan makin berleluasa hingga menyebabkan mangsa kerugian beribu ringgit.

Menurutnya, antara contoh kes penipuan SMS ialah ada dakwaan memenangi hadiah berupa wang tunai hasil peraduan melibatkan nama syarikat besar.

“Mangsa akan menerima panggilan telefon secara terus daripada suspek yang mengatakan bahawa mangsa memenangi wang tunai melalui cabutan bertuah.

“Padahal suspek mengambil secara rawak nombor telefon bagi mencari mangsa untuk ditipu. Dalam trend ini, mangsa perlu menjawab beberapa soalan.

“Soalan yang ditanya mudah dan seterusnya suspek akan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam satu akaun bagi tujuan memproses pemindahan wang yang dimenangi mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.

Mohd Roze berkata, kebanyakan mangsa terpedaya akan diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk mengaktifkan sistem perbankan internet sebelum diberi tunjuk ajar langkah seterusnya.

Katanya, dengan cara berkenaan suspek akan dapat mengakses kepada akaun mangsa seterusnya wang mangsa dapat dipindahkan dalam sekelip mata.

“Mangsa juga pernah kehilangan wang dari akaun mereka selepas beberapa bulan kerana suspek masih mempunyai nombor pin serta kata laluan untuk akses ke akaun mangsa.

“Di daerah ini penipuan seumpama itu makin berleluasa dan pihak kita ada menerima laporan mangsa penipuan berkenaan.

“Kebanyakan laporan diterima, mereka mengalami kerugian lingkungan RM2,000 hingga RM5,000 kerana terpedaya dengan tawaran diberikan suspek,” katanya.

Mohd Roze menyeru orang ramai menghubungi pihak berkenaan untuk memastikan kewujudan peraduan serta tawaran hadiah yang dikatakan.

Selain itu, orang ramai diingatkan agar tidak membuat keputusan terburu-buru sekiranya menerima panggilan telefon yang menawarkan pelbagai hadiah seterusnya merujuk kepada ahli keluarga atau rakan sebelum membuat keputusan.

“Orang ramai juga boleh merujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD Kluang untuk nasihat lanjut dan memberikan maklumat sekiranya mengetahui kejadian kes penipuan berkenaan,” katanya.

30 rumah rosak dilanda ribut

Hasnah menunjukkan bumbung kedainya yang tercabut akibat dilanda ribut.
Hasnah menunjukkan bumbung kedainya yang tercabut akibat dilanda ribut.
GUA MUSANG - Sebanyak 30 rumah penduduk di beberapa kampung sekitar bandar ini rosak teruk dilanda ribut, petang kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan kerana penghuni rumah berkenaan masing-masing menyelamatkan diri.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Rahmat, Kampung Baru, Kampung Kerinting, Jalan Besar, Kampung Lembaga, Jalan Masjid dan Tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Seorang peniaga kedai makan di Tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Hasnah Deraman, 42, berkata, ketika kejadian dia berada dalam kedainya dan bersiap untuk menutup premis.

Menurutnya, tiba-tiba kedainya bergoyang sebelum atap tercabut dilanda ribut dan hujan lebat menyebabkan ruangan dalam kedai habis basah.

“Saya panik melihat kejadian yang berlaku terlalu pantas. Nasib baik saya cepat berlindung di bahagian bumbung kedai yang masih terselamat.

“Kejadian itu pertama kali berlaku dan saya juga tidak mampu untuk membaiki kerosakan dialami dalam masa terdekat ini kerana berniaga makanan hanya sekadar cukup makan saja,” katanya.

Katanya, dalam masa sama, bekalan elektrik di seluruh bandar ini terputus menyebabkan penduduk terpaksa bergelap dalam masa 10 minit, tetapi bersyukur kerana terselamat.

Seorang lagi penduduk Kampung Kerinting, Syukri Abdul Rahman, 30, pula berkata, dia tidak menyangka rumahnya musnah dalam sekelip mata akibat dilanda ribut.

“Saya yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu, namun tetap bersyukur kepada Tuhan kerana masih selamat walaupun atap berterbangan sekitar rumah,” katanya.

Sementara itu, Adun Galas, Ab Aziz Yusoff berkata, beliau turut bersimpati dengan nasib semua mangsa ribut yang berdepan dengan masalah kerosakan rumah.

Beliau berkata, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang penduduk harus menjaga keselamatan diri dan keluarga kerana kerap berlaku kejadian ribut.

“Kita akan membuat bancian secara menyeluruh bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menilai kerosakan sebelum menyalurkan bantuan secepat mungkin,” katanya.

Padah curi barang kemas ibu saudara

Muhammad Khairul Azhar
Muhammad Khairul Azhar
KOTA BHARU - Seorang wanita mahu anak saudaranya dihukum penjara tiga tahun selepas pemuda berusia 20 tahun itu mengaku atas tuduhan mencuri barang kemas miliknya di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Muhammad Khairul Azhar Supadi didakwa mencuri seutas rantai leher emas, satu bentuk gelang tangan dan sebentuk cincin milik Zainita Ibrahim, 25, bernilai RM6,500 di sebuah rumah di Kampung Pangkal Kalong, Kok Lanas, di sini antara Jun hingga 27 Ogos lalu.

Pada prosiding semalam, Zainita dipanggil untuk memberi keterangan impak secara lisan dan dia memberitahu enggan memberi jaminan kepada tertuduh, sebaliknya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang lama sebagai pengajaran.

“Saya mahu mahkamah jatuhkan penjara tiga tahun kepada tertuduh kerana sudah beberapa kali dia ulangi kesalahan sama,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya mohon hukuman ringan dengan alasan usianya yang masih muda dan kesalahan itu adalah yang pertama dilakukannya.

Sebagai menghormati permintaan itu, Majistret Nik Habri Muhamad kemudian menjatuhkan hukuman penjara dalam tempoh tiga tahun seperti diminta Zainita.

Pada prosiding itu juga, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed yang mengendalikan kes pula memohon hukuman setimpal untuk beri pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai tidak ulangi kesalahan sama.

Dua remaja maut dihempap pokok

Anggota polis memeriksa mayat mangsa sebelum dibawa ke HTAA untuk proses bedah siasat.
Anggota polis memeriksa mayat mangsa sebelum dibawa ke HTAA untuk proses bedah siasat.
KUANTAN - Malang tidak berbau, demikian nasib dilalui dua penunggang apabila kedua-duanya maut selepas motosikal ditunggang dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur Semambu di sini, petang kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.10 petang itu, kedua-dia mangsa, Muhammad Lokman Hakim Ismail, 19 dari Lorong Sungai Isap Perdana 32 di sini dan Tun Muhammad Fakharuddin Mohd Jailani, 19 dari Lorong IM15/29, Taman Mutiara Mahkota di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, Muhammad Lokman merupakan pelajar tingkatan enam sebuah sekolah menengah di Kuala Lipis manakala Tun Muhammad Fakharuddin, penuntut Kolej Komuniti Indera Mahkota.

Menurutnya, ketika kejadian kedua-dua mangsa yang menunggang secara berasingan dipercayai dalam perjalanan dari arah pelabuhan menghala ke Indera Mahkota.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebatang pokok yang berada di bahu jalan tiba-tiba tumbang lalu menghempap motosikal jenis Yamaha LC135 dan Honda Ex-5 ditunggang mangsa.

"Akibat kejadian, kedua-dua penunggang yang  terjatuh dan dihempap pokok tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Noor berkata, susulan kejadian, sepasukan anggota bomba dari Balai Indera Mahkota bergegas ke lokasi membantu mengeluarkan mangsa sebelum mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlalu di laluan lurus manakala keadaan cuaca baik tiada hujan atau angin kencang.

“Punca kemalangan dikenal pasti akibat pokok tumbang menghempap pengguna jalan raya bagaimana pun siasat masih dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menghantar lima anggota diketuai Pegawai Operasi, Zulkifli Wan Yahya bersama sebuah jentera ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian.

Menurutnya, ketika anggotanya tiba, kedua-dua mangsa bersama motosikal berada bawah dahan pokok yang tumbang dan merintangi jalan.

“Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa sebelum dihantar ke HTAA,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memotong dahan dan membersihkan kawasan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Jumpa mayat dalam semak

Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke HTAA.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke HTAA.
KUANTAN - Mayat seorang lelaki ditemui terbaring dalam kawasan semak di Kilometer 21 Jalan Pintasan Kuantan – Gebeng berhampiran Balai Polis Gebeng di sini, semalam.

Mayat lelaki dipercayai sebagai Che Badrol Hafiz Che Hamzah, 21, beralamat di RRM Permatang Badak di sini ditemui kira-kira jam 8 pagi oleh seorang lelaki Orang Asli yang kebetulan memasuki kawasan hutan tersebut bersama dua rakannya untuk memikat burung.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam semak bagaimana pun siasatan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan ditemui.

Menurutnya, siasatan polis di lokasi penemuan mayat itu juga mendapati tiada kesan pergelutan ditemui.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

“Hasil laporan awal bedah siasat mendapati ada seperti kesan tekanan pada bahagian leher mayat mangsa bagaimanapun pihak hospital memerlukan sedikit masa untuk melakukan beberapa pemeriksaan termasuk ujian darah sebelum menentukan punca sebenar kematian lelaki tersebut.      

“Polis menunggu keputusan penuh bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian lelaki itu sama ada melibatkan unsur jenayah atau mati mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tidak sempat joli lepas ragut

Motosikal yang digunakan remaja berkenaan ketika melakukan jenayah ragut di Taman Kandan.
Motosikal yang digunakan remaja berkenaan ketika melakukan jenayah ragut di Taman Kandan.
PUCHONG - Tidak sampai lima minit seorang remaja berusia 15 tahun melarikan beg tangan milik mangsanya, dia berjaya diberkas orang awam yang kebetulan menyaksikan kejadian tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi, Sabtu lalu, remaja itu dikatakan melarikan diri selepas merentap beg disandang seorang wanita yang sedang menunggu bas di hentian Taman Kandan.

Geram dengan apa yang dilihatnya seorang lelaki yang menyaksikan kejadian nekad mengejar remaja menaiki sebuah motosikal jenis Demak Spark bersama rakannya.

Sumber berkata, peragut yang cuak dengan tindakan orang awam itu gagal mengawal motosikal ditungganginya menyebabkan dia tersungkur ke jalan.

Saksi kejadian berusia 22 tahun itu terus memberkas remaja terbabit namun seorang lagi rakannya telah melarikan diri.

“Hasil siasatan, remaja berkenaan mengaku pernah melakukan sekurang-kurangnya tiga kes ragut sekitar Bandar Kinrara dan Taman Kinrara.

“Polis kini masih memburu seorang lagi rakannya yang melarikan diri untuk membantu siasatan,” katanya.

Remaja terbabit direman, polis turut merampas sebuah motosikal dan serangkai kunci dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah terbabit.

Remaja dirompak ketika berehat

Chee Heng berjumpa dengan sebahagian penduduk yang membuat aduan mengenai kedatangan suspek yang tidak dikenali ke rumah mangsa.
Chee Heng berjumpa dengan sebahagian penduduk yang membuat aduan mengenai kedatangan suspek yang tidak dikenali ke rumah mangsa.
KUALA LANGAT - Seorang remaja yang didatangi dua lelaki tidak dikenali ketika dia sedang berehat di rumahnya di Telok Bunut, petang semalam, tidak menyangka bakal berdepan detik mencemaskan.

Mangsa, Chia Chai Yei, 19, memberitahu, dirinya telah dihampiri dua lelaki berkenaan yang kononnya datang mencari bapanya.

Tidak menyangka lelaki berkenaan berniat serong, dia terus menghubungi bapanya sebelum telefon bimbitnya dirampas.

"Saya memang terkejut sangat. Tak sangka benda macam ni boleh berlaku. Mereka datang rumah, tanya saya di mana bapa. Saya yang tak syak apa-apa terus telefon bapa untuk beritahu ada orang datang rumah mencarinya.

"Masa itu, telefon bimbit memang ada pada saya, saya pun terus telefon bapa depan mereka. Saya sangat terkejut bila salah seorang lelaki tu tiba-tiba merampas telefon bimbit saya dan melarikan diri," katanya menceritakan detik cemas yang berlaku kira-kira jam 1.30
petang.

"Saya terkejut tapi sempat jerit minta tolong. Malangnya, tak ada sesiapa berhampiran rumah ketika itu.

"Bagaimanapun, mujur saya tak diapa-apakan," katanya lega walaupun kesal kerana telah kehilangan beberapa nombor telefon penting yang tersimpan di dalam telefon bimbit berkenaan.

Chai Yei berkata, dia tidak tahu motif sebenar suspek ketika itu, kerana dia tidak mengenali kedua-dua lelaki berkenaan.

"Kalaulah saya tahu mereka bukan kawan bapa, dah tentu dia tak mendekati mereka. Tak pasal-pasal saya kehilangan telefon bimbit yang saya beli dengan harga RM600 sekelip mata,” katanya.

Sementara itu, Adun Telok Datok, Loh Chee Heng berkata, beliau mendapat aduan yang sama di Taman Delima mengenai kedatangan dua suspek ke rumah mangsa.

Katanya,  aduan seumpama ini perlu diberi perhatian supaya ia tidak menular di kawasan lain.

“Saya berharap selepas aduan dibuat pihak berkuasa dapat menjalankan rondaan dengan lebih kerap pada waktu siang.

“Ini kerana suspek kini boleh melakukan aktiviti merompak pada waktu siang,” katanya yang turut mengadakan perjumpaan dengan persatuan penduduk kampung semalam.

Chee Heng berkata, beliau turut memberikan perkhidmatan membantu kaum Cina yang tidak fasih dalam bahasa Melayu untuk melakar laporan polis.

Strategi tauke judi tak menjadi

Anggota penguatkuasa mengangkat permainan judi yang disita di premis terbabit, semalam.
Anggota penguatkuasa mengangkat permainan judi yang disita di premis terbabit, semalam.
BANDARAYA MELAKA - Operasi banteras judi haram di negeri ini yang dipertingkatkan menyebabkan sebuah premis menjalankan aktiviti perjudian internet di Malim Jaya, di sini sebelum ini, bertukar menjadi pusat hiburan keluarga.

Bagaimanapun, tindakan pemilik premis rumah kedai itu mengaburi mata penguatkuasa masih tidak menyelamatkan dirinya daripada dikenakan tindakan apabila sepasukan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melakukan serbuan ke atas premis terbabit, semalam.

Serbuan kira-kira 11.30 pagi itu mendapati, premis yang pernah diserbu sebanyak tiga kali sebelum ini menjalankan perniagaan tanpa lesen menyebabkan kesemua mesin permainan disita untuk dilupuskan.

Menurut sumber, rampasan membabitkan 12 mesin permainan dan semua peralatan di premis berkenaan termasuk kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar serta di dalam premis.

“Serbuan kali keempat ini mengejutkan anggota penguatkuasa kerana ia beroperasi sebagai pusat hiburan keluarga tanpa lesen.

“Dia menggunakan nama pusat hiburan keluarga dan beroperasi 24 jam sejak sebulan lalu. Mereka turut disyaki menawarkan aktiviti perjudian haram kepada pelanggan, walhal pusat hiburan keluarga biasanya terdapat di pasar raya,” katanya.

 Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, serbuan dalam Ops Siber itu dijalankan dijalankan 16 anggota dari Bahagian Penguatkuasaan MBMB dengan kerjasama tiga pegawai dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
negeri.

“Sebelum itu, serbuan juga dilakukan di sebuah premis menjalankan aktiviti perjudian internet kira-kira 10.45 pagi di Taman Bayan, Bukit Katil dan sebanyak 16 set komputer dirampas.

“Ketika serbuan tiada pelanggan di premis berkenaan kerana dipercayai ia baru memulakan perniagaan. Namun, seorang lelaki dipercayai penjaga premis berusia 27 tahun berada di dalamnya,” katanya di sini, semalam.

Menurut Zainal, walaupun pernah dikenakan tindakan, pemilik premis masih terus berdegil dengan menjalankan aktiviti perjudian internet.

“Kes disiasat mengikut Akta Undang-undang Kecil Perlesenan Tred MBMB 2010 serta Seksyen 6(1)(b) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2001,” katanya.

Mekanik maut motosikal terbabas

Orang awam bersama polis sedang mengangkat motosikal arwah di lokasi kejadian.
Orang awam bersama polis sedang mengangkat motosikal arwah di lokasi kejadian.
KUALA ABANG - Seorang mekanik maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 64.7, Jalan Kuala Terengganu, dekat simpang masuk ke Kampung Rhu Bhatil, di sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.45 itu dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Naza Blade ditunggangi Mohamad Fahmy Ifdzal Mohd Zaki, 20, dipercayai terbabas lalu melanggar tiang elektrik sebelum motosikal itu menggelongsor sejauh kira-kira 30 meter.

Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah di seluruh badan selain patah tengkuk meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, Mohamad Fahmy yang difahamkan menunggang motosikal milik majikannya dalam perjalanan dari Dungun menuju ke Kuala Terengganu.

Menurut bapa mangsa, Mohd Zaki Harun, 48, kali terakhir dia bertemu arwah yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Mohd Zaki berkata, anak lelakinya itu amat meminati motosikal dan bekerja dengan syarikat menjual motosikal sebaik menamatkan kursus di Pusat GiatMara.

Katanya, petang kelmarin, arwah yang sedang membantu majikannya membuat promosi karnival jualan motosikal di hadapan pasar buah bandar Dungun pulang sekejap ke rumah untuk mengambil beg sebelum bergegas semula balik ke Dungun.

“Ketika bertemu di rumah saya di Kampung Pak Pa, dia tak banyak bercakap.

“Saya tak sangka itulah pertemuan terakhir kami,” katanya.

Mohd Zaki mengetahui berita mengejutkan itu selepas mendapat panggilan daripada seorang rakan arwah.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Jenazah arwah dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Merbau Patah, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian dan kes kemalangan terbabit masih dalam siasatan pihaknya.

Pemandu lori didakwa rompak

Tertuduh (tengah) akan ditahan di penjara sementara kes disebut semula pada 2 Oktober depan.
Tertuduh (tengah) akan ditahan di penjara sementara kes disebut semula pada 2 Oktober depan.
KOTA BHARU - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah tuduhan cuba merompak beg tangan seorang wanita hingga menyebabkan mangsa cedera dalam kejadian 20 Julai lalu.

Tuduhan terhadap Zulazlan Sa’ari, 33, disebut di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Badrul Munir Mohd Hamdy di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Dia didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas cuba melakukan rompak dan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Norma Mahmod, 56, dan Rosmawati Ab Rahim, 37, dengan mengambil beg tangan Norma di Jalan Post Office Lama, di sini, pada jam 1.20 petang.

Tuduhan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon kes ditangguhkan ke tarikh sebutan lain bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dan pengurusan kes.

Mahkamah menetapkan 2 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pada tarikh tersebut, mahkamah juga akan mendengar permohonan tertuduh sekiranya berhasrat untuk merayu terhadap jaminan tersebut.

Tiga mati ditikam di sekolah


WARTAWAN SINAR HARIAN
1 September 2014


SHIYAN - CHINA. Tiga pelajar dibunuh manakala enam yang lain cedera dalam satu serangan bersenjatakan pisat di provinsi Hubei, China, lapor media tempatan.

Kejadian itu berlaku di sekolah rendah Dongfang di bandar Shiyan, awal Isnin.

Menurut polis, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an menikam lapan pelajar dan orang dewasa sebelum membunuh diri dengan terjun bangunan, lapor agensi berita, Xinhua.

Polis tempatan pula dilaporkan berkata kejadian itu sedang disiasat.

Sementara menurut BBC yang memetik laporan stesen penyiaran berita China, CCTV berkata, lelaki itu dipercayai merupakan bapa kepada salah seorang pelajar di situ.

“Dia menyerang selepas sekolah itu menolak untuk membenarkan anak perempuannya mendaftar untuk semester baru pada Isnin kerana anaknya tidak menyelesaikan kerja rumah semasa cuti musim panas,” lapor CCTV yang memetik laman rasmi polis tempatan.

Situasi di Pakistan meruncing


POLIS rusuhan Pakistan mengejar penyokong Imran Khan dalam pertempuran berhampiran kediaman Nawaz Sharif di Islamabad, semalam. - AFP
ISLAMABAD 31 Ogos - Seku­rang-kurangnya tiga dilaporkan maut, manakala lebih 400 lagi cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di ibu negara Pakistan selepas kebuntuan politik selama dua minggu, bertukar menjadi ganas.
Keganasan itu yang bermula lewat petang semalam, berterusan awal hari ini selepas kira-kira 25,000 orang mula berarak dari bangunan Parlimen ke kediaman Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif selain mengalihkan sekatan pasukan keselamatan dengan menggunakan kren.
Tindakan penunjuk perasaan itu mengakibatkan polis bertindak balas dengan menembak gas pemedih mata dan peluru getah,
Ketua Polis Islamabad, Khalid Khattak berkata, polis melaksanakan sekatan namun penunjuk perasaan bersenjatakan kapak, pemotong wayar dan tukul besi.
"Malah mereka turut mempunyai sebuah kren dan membawanya sehingga pintu masuk kediaman Perdana Menteri. Kami pula hanya menggunakan gas pemedih mata dan melepaskan peluru getah bila diperlukan," kata Khalid.
Menteri Kereta Api Pakistan, Khawaja Saad Rafique berkata, penunjuk perasaan yang diketuai bekas bintang kriket negara ini yang menceburi politik, Imran Khan dan ulama terkemuka, Tahir-ul-Qadri cuba memecahkan pintu masuk kediaman Nawaz.
Penunjuk perasaan mula 'berkampung' di luar bangunan Parlimen sejak 15 Ogos lalu bagi menuntut Nawaz meletak jawatan berikutan dakwaan penipuan undi.
Krisis itu memasuki fasa baharu pada awal minggu ini, apabila kerajaan meminta tentera menjadi orang tengah hingga menimbulkan kebimbangan bahawa tentera akan menggunakan situasi itu untuk 'melakukan rampasan kuasa secara perlahan' dan meningkatkan lagi pengaruhnya ke atas pentadbiran orang awam.
"Terdapat 1,600 hingga 2,000 pengganas terlatih. Mereka mempunyai 200 wanita yang dilatih menggunakan senjata dan datang dengan niat untuk menawan bangunan negara," kata Menteri Pertahanan, Khawaja Asif selepas pertempuran itu meletus, semalam.
Khawaja menambah, pasukan keselamatan akan mempertahankan bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi lambang kepada negara itu serta mengawal tunjuk perasaan dengan penggunaan aset penuh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_03/Situasi-di-Pakistan-meruncing#ixzz3C6V37LLx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sweden kesan kes dipercayai Ebola


STOCKHOLM 1 Sept. - Satu kes disyaki jangkitan Ebola dikesan di ibu negara Sweden, lapor seorang pegawai semalam.
Laman web akhbar Svenska Dagbladet melaporkan, pesakit tersebut sakit selepas melawat kawasan yang diketahui berlakunya penyebaran virus berkenaan dan kini dikuarantinkan.
Seorang pakar bertanggungjawab ke atas kawalan penyakit berjangkit, Aake Oertsqvist berkata, risiko penyebaran Ebola di Sweden sangat rendah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_11/Sweden-kesan-kes-dipercayai-Ebola#ixzz3C6UGOh7X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, September 1, 2014

Seakan meratap pemergian ayah...

Wan Muhammad Wafiq yang menangis, cuba ditenangkan
Wan Muhammad Wafiq yang menangis, cuba ditenangkan
AYER KEROH - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan seakan faham ayahnya sudah meninggal dunia apabila dia menangis sebaik sahaja sampai di lokasi kemalangan di Lebuh Ayer Keroh di sini, malam kelmarin.

Bayi, Wan Muhammad Wafiq Wan Mohd Ikhram tiba di lokasi bersama ibunya, Junaidah Abdul Tahib, 26, selepas 30 minit dimaklumkan seorang anggota polis mengenai kejadian menimpa Wan Mohd Ikhram Wan Sahidin, 26.

Mangsa, Wan Mohd Ikhram maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Rambai, Jasin selepas motosikal ditunggang sendirian merempuh sebuah kereta kira-kira jam 10.30 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, mangsa dari arah Persimpangan MITC menghala pusat bandar raya merempuh Toyota Vios dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

“Mangsa sedang meneruskan perjalanan di laluannya merempuh pintu penumpang hadapan kereta terbabit yang datang dari Persimpangan Ayer Keroh Height dan membelok masuk ke Taman Perindustrian Ayer Keroh.

“Mangsa yang cedera parah di leher dan kepala meninggal dunia di lokasi dan dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat,” katanya, semalam.

Menurutnya, pemandu Vios yang memandu sendirian dipercayai dalam perjalanan ke gelanggang badminton di kawasan perindustrian tersebut turut cedera dan dibawa ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

“Bagaimanapun sehingga jam 3.30 petang hari ini (semalam) pemandu lelaki dipercayai berusia 20-an itu masih belum membuat sebarang laporan di bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa Junaidah berkata, dia dan suami sebelum kejadian pulang secara berasingan dari rumah saudara yang mengadakan jamuan hari raya di Bertam.

“Dia dari Batu Berendam manakala saya, anak dan ibu Sabariah Md Sah, 68, datang dari rumah di Sungai Rambai dan kami datang secara berasingan kerana Arwah bekerja dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Kami beredar pulang ke rumah pada jam 9.30 malam  mengikut laluan Lebuh SPA menghala MITC dan dia menaiki motosikal mengikut saya dari belakang,” katanya ketika ditemui di Perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Junaidah berkata , mereka kali terakhir bercakap ketika berhenti di lampu isyarat merah di Persimpangan MITC dia mengambil laluan terus menghala Seri Negeri sementara suaminya membelok ke Lebuh Ayer Keroh.

“Arwah mengatakan dia mahu mengikut laluan Ayer Keroh-Lebuh AMJ untuk balik ke rumah sementara saya ke Bukit Katil dan Tiang Dua sebelum masuk kawasan Umbai.

“Di Persimpangan Batu Gajah di Merlimau saya membaca mesej dari kakak ipar memaklumkan suami saya jatuh motosikal lalu saya meneruskan perjalanan namun sebaik tiba di Umbai saya terima panggilan daripada seorang anggota polis memberitahu suami sudah
‘tiada’,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun dapat memandu dengan tenang apabila anak tunggalnya dengan mangsa, dipangku ibu di tempat duduk belakang tidur, namun sebaik sahaja sampai di lokasi bukan sahaja dirinya malah anaknya turut menangis.

“Selain arwah sempat membelikan keperluan harian anak termasuk stoking baru, dia turut berpesan supaya menjaga makan kerana anak menyusu badan sedangkan selama ini dia tidak pernah berkata demikian.

“Saya reda pemergiannya. Ini takdir, sudah ajalnya. Namun saya terfikir selepas ini bagaimana saya nak besarkan anak, boleh ke saya nak besarkan kerana sejak kahwin saya tidak lagi bekerja,” katanya.

Solat Asar ibadah terakhir

Keadaan surau Kampung Sungai Siput setelah dihempap sebatang pokok durian dalam kejadian petang kelmarin.
Keadaan surau Kampung Sungai Siput setelah dihempap sebatang pokok durian dalam kejadian petang kelmarin.
KUALA BERANG - Solat Asar menjadi ibadat terakhir Imam Surau Kampung Sungai Siput, Ajil, Husin Ali, 45, yang menemui ajal setelah bangunan surau berkenaan dihempap pokok durian dalam kejadian ribut, petang kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang juga tenaga pengajar Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABMT) berada di beranda surau bersama beberapa jemaah lain untuk menunggu ribut reda sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, tiba-tiba sebatang pokok durian berhampiran tumbang lalu menghempap surau itu dan difahamkan, kejadian itu mengakibatkan mangsa cedera di kepala, manakala beberapa makmum lain hanya cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut yang dilaporkan isteri mangsa, Asmuni Awang, 44, di Balai Polis Ajil pada jam 6.20 petang hari kejadian.

Menurut Hussin, berdasarkan laporan, isteri mangsa yang merupakan suri rumah menerima maklumat daripada jiran kira-kira jam 5.15 petang yang memaklumkan sebatang pokok durian tumbang lalu menghempap surau sehingga roboh.

“Mengetahui suaminya berada di surau itu, pengadu (isteri mangsa) bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati suaminya sudah meninggal dunia.

“Lain-lain jemaah yang menjadi saksi kejadian turut memaklumkan mangsa sudah tiada. Dengan bantuan penduduk, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pengesahan,” katanya.

Bagi rakan sekerja mangsa, Muzir Salim, 37, pemergian Allahyarham begitu dirasai apatah lagi banyak suka-duka yang mereka kongsi bersama.

Malah katanya, dia mengetahui kejadian tersebut setelah dihubungi isteri mangsa kira-kira jam 5.30 petang.

Sementara itu, Sinar Harian pada Julai 2012 pernah menyiarkan insiden menimpa Husin yang dipatuk seekor ular dipercayai spesies ular kapak hijau ketika berada di kebunnya di Kampung Landas dan dia mengibaratkan nyawanya ketika itu berada di hujung tanduk.

Ops Bah gempur tujuh parlimen

Tukang urut seksi warga asing yang berkhidmat tanpa permit disalah satu premis urut yang diserbu di Danau Desa.
Tukang urut seksi warga asing yang berkhidmat tanpa permit disalah satu premis urut yang diserbu di Danau Desa.
KUALA LUMPUR -  Konsepnya adalah bilik mandi, kerana terdapatnya peralatan mandian, namun menghairankan apabila ia turut dilengkapi tilam dan televisyen.

‘Bilik istimewa’ dipercayai menjadi pakej tarikan pelanggan itu ditemui ketika serbuan sebuah premis rumah urut dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah), di Danau Desa, malam kelmarin.

Konsep sama turut ditemui ketika serbuan di Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras, namun yang ini tidak dilengkapi televisyen, sebaliknya dihiasi lampu ala ‘disko’.

Itu antara penemuan hasil pemeriksaan  ke atas 77 premis urut di tujuh kawasan parlimen yang dikenal pasti dalam Ops Bah berakhir jam 7 pagi semalam.

Sebuah lagi premis urut yang diserbu didapati mengupah pekerja berpakaian seksi, warga asing sebagai tukang urut yang didapati tidak mempunyai permit perjalanan sah.

Di premis berasingan, penguatkuasa (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) DBKL, mengambil masa untuk membuka pintu rumah urut, dan apabila serbuan dibuat, terdapat akses pintu belakang yang telah digunakan untuk melarikan diri.

Lain pula cerita di sebuah lagi premis urut yang dipercayai dimiliki oleh seorang individu beragama Islam, namun dikelola oleh bangsa lain dan terdapat jam dinding yang tertera kalimah ALLAH serta ayat Al-Quran. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat rampasan.

Lebih 700 komputer judi dirampas

Ops Bah siri 3 itu, digerakkan ke tujuh kawasan parlimen iaitu di Titiwangsa, Wangsa Maju, Batu, Lembah Pantai, Seputeh, Bandar Tun Razak, dan Setiawangsa.

Turut disasarkan adalah premis kafe judi siber yang berselindung di sebalik cermin gelap, kedai mamak, serta premis tanpa papan tanda.

Sebanyak 127 kafe judi siber diserbu dan 700 unit komputer di sita.

Terdapat pelanggan yang tidak sempat melarikan diri di beberapa premis yang diserbu.

Bagaimanapun terdapat juga premis yang telah dikosongkan termasuk peralatan komputer, dipercayai ekoran kebocoran maklumat berhubung operasi yang dilaksanakan.

Penguatkuasa DBKL diugut

Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan menimbulkan rasa tidak puas hati pihak berkaitan yang bertindak mengugut seorang pegawai penguatkuasa DBKL.

Seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’ yang dipercayai pemilik premis urut yang diserbu tidak berpuas hati tindakan dibuat pihak penguatkuasa yang memecah masuk ke dalam premis rumah urutnya tanpa kebenaran.

Lelaki berkenaan dilihat bertindak mengambil gambar semua anggota penguatkuasa yang sedang bertugas sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang turut disaksikan beberapa pegawai dan anggota penguatkuasa bertugas.

Pegawai bertugas dipastikan selamat

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan, ketika diminta mengulas kejadian berkenaan berkata, pihaknya akan menelitinya sebelum membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan anggota dan pegawai bertugas.

Katanya, tindakan individu itu adalah bagi menghalang tindakan diambil, namun segala yang dilakukan telah diteliti hasil risikan dibuat.

“Bukan niat halang mereka berniaga, tapi berniagalah tanpa merosakkan moral masyarakat,” katanya.

Tambahnya, Ops Bah akan diteruskan sehingga semua aktiviti haram dibasmi.

“Semua premis judi yang diserbu akan dipotong bekalan elektriknya dan kita percaya mereka akan beroperasi semula dengan membuat sambungan haram,” katanya.

Seramai 173 orang, membabitkan warga asing, penyalahgunaan dadah dan kes khalwat, ditahan dalam operasi melibatkan kekuatan anggota seramai 967 orang daripada 13 agensi.

Antara yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kedai perabot musnah

Kedai perabot musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian hampir RM1 juta.
Kedai perabot musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian hampir RM1 juta.
KAJANG - Seorang pemilik kedai perabot menanggung kerugian hampir RM1 juta, apabila premisnya di Jalan Balakong, Kampung Baru Balakong, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi kelmarin.

Pemilik kedai perabot yang hanya mahu dikenali sebagai Chin berusia dalam lingkungan 30-an, berkata, dia terkejut apabila mengetahui perniagaan yang diusahakan sejak setahun lalu musnah dalam kejadian kebakaran, kira-kira jam 8 malam kelmarin.

“Ketika kejadian saya berada di rumah dan hanya mengetahui insiden tersebut kira-kira jam 9 pagi. “Kesemua barangan perabot termasuk almari, sofa, meja makan dan pelbagai lagi jenis perabot, musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 8.08 malam. “Seramai 22 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Serdang, Pandan Indah, Cheras dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati api marak, kebakaran tersebut memusnahkan 60 peratus premis dua tingkat itu. "Pihak kami berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam  3.09 pagi,” katanya.

Mohd Sani bagaimanapun berkata, punca sebenar kejadian itu berlaku masih dalam siasatan.

Identiti mangsa nahas sudah dikenal pasti

Identiti mangsa nahas sudah dikenal pasti
TAIPING - Seorang lelaki, Daniel Tomasz Jezierski, 20-an dipercayai warga Poland dikenal pasti antara tiga individu yang maut dalam kemalangan di Kilometer 220 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara, di sini kelmarin.

Dua lagi mangsa yang terbabit dalam nahas pada kira-kira jam 4.30 petang itu ialah Muhammad Nazrimuddin Othman, 29, dan ibunya, Embun Mohamed, 57, iaitu pemandu dan penumpang Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, Daniel Tomasz yang merupakan pelajar University Brunel London dipercayai berada di tempat kejadian untuk menahan kenderaan Myvi berkenaan kerana ingin menumpang.

“Bagaimanapun, pemandu kereta yang tiba-tiba panik merempuh mangsa sehingga mengakibatkan kenderaannya terbabas ke bahu kiri jalan.

“Dua mangsa maut di tempat kejadian manakala Muhammad Nazrimuddin disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kaki, tangan dan muka,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, tiga termasuk seorang wanita maut apabila sebuah kereta hilang kawalan sebelum merempuh seorang lelaki yang berada di kiri laluan.

Ketika kejadian, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri milik mangsa.

Pelajar balik sekolah cedera bertembung motosikal

Mangsa menunggu ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Mangsa menunggu ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
TAIPING – Seorang pelajar cedera kepala dan tangan selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Sultan, di sini kira-kira jam 1.30 petang.

Saksi, Alina, 35, berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan.

"Mangsa dipercayai hendak membelok ke simpang masuk Taman Aulong sebelum berlanggar dengan motosikal ditunggang seorang lelaki.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut, manakala seorang lagi menerima rawatan pesakit luar,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Tiga maut nahas

Keadaan kenderaan mangsa remuk dalam nahas berkenaan.
Keadaan kenderaan mangsa remuk dalam nahas berkenaan.
TAIPING – Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam nahas di Kilometer 221 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki bersama seorang wanita terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh seorang warga Poland.

Menurutnya, warga Poland terbabit kebetulan berada di lokasi kejadian kerana menunggu kenderaan lain untuk ditumpang.

"Ketika kejadian, warga Poland berkenaan dipercayai cuba menahan kenderaan untuk ditumpang, namun kereta dipandu lelaki terbabit  yang lalu di lokasi kejadian tiba-tiba terbabas dan turut merempuh mangsa di bahu jalan.

"Perlanggaran itu menyebabkan pemandu kereta dan lelaki warga Poland berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang wanita yang parah di beberapa bahagian badan meninggal di Hospital Taiping," katanya.